Search This Blog

Wednesday 16 August 2017

Unit Perkhidmatan Maklumat

Berikut adalah aktiviti  program pendidikan pengguna serta perkhidmatan maklumat yang dijalankan di PTA : 
Perkhidmatan
  • Rujukan dan Bimbingan
  • Rujukan Penyelidikan
  • Kelas Kemahiran Maklumat
  • Orientasi Perpustakaan
  • Pegawai Perhubungan Perpustakaan
  • Promosi
  • Pameran Dalaman dan Luaran

Orientasi Perpustakaan

Pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan kepada pelajar baru UiTM yang kebiasaannya diadakan pada awal setiap semester.
Melaksanakan program pendidikan pengguna/ orientasi perpustakaan pada setiap semester kepada pelanggan perpustakaan baru yang menekankan aspek:-
- Pengenalan perpustakaan
- Panduan pengunaan lokasi
- Peraturan
- Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan
- Lawatan ke perpustakaan


Kaunter Unit Rujukan 

Pendedahan tentang teknik pencarian bahan perpustakaan samada bercetak atau tidak bercetak kepada pelajar dan kakitangan UiTM.
Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat dan rujukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan
Memberi panduan dan bimbingan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan melalui koleksi perpustakaan dan rujukan atas talian.
Mengendalikan segala bentuk pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan oleh pelanggan di meja rujukan dan ianya boleh dibuat secara peribadi, melalui telefon, faks, dan e-mel.

Kelas Kemahiran Maklumat

Perkhidmatan ini bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat dalam membuat penyelidikan. Kelas ini boleh diatur mengikut kesesuaian waktu pengguna. Permohonan kelas boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di Kaunter Utama , PTA. 

About Us - Tentang Sejarah Perpustakaan Tengku Anis





Perpustakaan UiTM Kampus Machang, Kelantan ditubuhkan pada tahun 1985  di kampus sementara Kem Kijang dan telah berpindah ke kampus tetap Bukit Ilmu bermula tahun 1996. Pada 15 Julai 2008, Perpustakaan UiTM Kelantan telah diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bersempena nama Mantan KDYMM Raja Perempuan Kelantan , Tengku Anis Ibni Tengku Abdul Hamid. Perpustakaan UiTM Kampus Machang memainkan peranan bagi menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan, kepelbagaian koleksi, teknologi dan sumber maklumat terkini dan mantap. 

Unit Perkhidmatan Maklumat

Berikut adalah aktiviti  program pendidikan pengguna serta perkhidmatan maklumat yang dijalankan di PTA :  Perkhidmatan Rujukan dan Bim...